Friday, March 5, 2010

BILA KENANGAN KEMBALI MENGGAMIT

kadang2 teringin aku menjerit meluahkan apa yang terbuku dihati..tp aku ada iman yg kukuh,insyaallah.Menghadapi hari2 yg bakal aku tempuhi nanti sgt menghantuiku,anak2
bakal berumahtangga dan akan meninggalkan aku sendirian,bolehkah aku hadapi semua itu nanti?

mak,abah lah tempat aku menumpang kasih sementara mereka masih ada.menjadi ibutunggal
bukan semudah yg disangka.tiap langkahku di salah ertikan,tiap kataku disalah tafsirkan.
bukan saja yg tua yg muda pun bersungguh nak mendekatiku.Imam jua xlepas nak masuk jarum.ujian demi ujian aku lalui sepanjang bergelar ibutunggal ,insyaallah aku ada dia yg maha esa yg sayangkan aku.

Allah subhanahuataala sentiasa bersamaku.aku xlupa sujud pd mu ya ilahi,kau ambil suamiku
kau beri ujian pdku dan aku yakin ada hikmah yang menantiku...

abg,nabilla telah tamat diploma n insyaallah akan sambung degree.Ina,bulan june ini habis belajar,amer lg setahun di unisel n ueen sdg mencari tmpt di mana2 institusi kerajaan lps spm.
Anak2 hampir seorg demi seorg akan meninggalkan ku.

Kami disini berdoa agar abg disana diperlapangkan kubur,dipermudahkan perjalanan menuju ke syurga n ditmptkan bersama org2 yg beriman...

Malam tu aku mimpi abg menyelimutiku dgn kain baldu....kasihku pd mu ttp bersemi....
ISMAIL we luv u .

7hb.April.yg dukacita

salam,bukan mudah menjadi ibu kepada anak2 remaja.3perempuanseorang lelaki.tuhan saja yg tahu.sebgai ibu tunggal yg hidup dikota kosmopolitan yg penuh ranjau n duri.aku harus tabah...7hb.april.2006 pukul 11mlm tarikh dukacita aku bila ismail,suami tercinta gone forever.

ptg khamis tu,arwah buat aku marah bila dia suruh aku beli tauhu petis.masa tu ribut petir dgn ujan yg lebt.aku keluar mencari merata sripetaling akhirnya berjumpa jua.nak rezeki arwah.bila aku pulang,arwah xmkan.dia kata u dah lmbt,dia xde selera nak mkn.maaaaaaaakkkk,knp ismail buat aku beginiiiiii?

aku merajuk masuk bilik dan menangis...anak bongsuku putri azureen mengetuk pintu memanggil aku keluar,aku buat xtahu akhirnye bila azureen memberi tahu ayah batuk2 n berpeluh baru aku beralah.petg tu ribut petir ujan lbt,nabilla,salina n ameerul di hostel.

kaki suamiku sejuk,aku mula resah dan nak hubungi sedaramara arwah tp arwah xbenarkan.katanya biasalah kaki sejuk n minta aku urutkankan kakinya.arwah memandangku dan bertanyakan pelajaran anak2nye.jam menunjukkan kepukul 8.30mlm.kedengaran arwah batuk2 begitu kuat.aku solat isyak kemudian terus hubungi ambulan.ambulan smpai sejurus slps itu.arwah sempat suruh aku simpan wallet n hp.

aku ikut ambulan dari belakang menuju ke hospital pantai di bangsar,abg terus ke icu.aku tggu diluar smbil berdoa..kedengaran nurse memanggil aku kerana suami tenat dan abg nak jumpa aku namun takdir penentu segala,jenazah masih panas sewaktu aku melangkah ke bilik icu.

abg,aku berjanji akan mendidik anak2 menjadi manusia berguna didunia n akhirat.kenangan bersamamu akan kusemat dijiwa hingga keakhirnya..7hb.april akan kembali lagi.hampir 4tahun abg pergi,abg ttp dihati kami.

abg,terimakasih diatas segalanya bang......muga roh abg ditmpt org2 yg soleh.amin.

Thursday, March 4, 2010