Monday, July 12, 2010

Tidak mahu jatuh cinta lg

Syukran jazilan.....syukran.......aku membuka bicara dgn mengucapkan syukur dan berterima kasihku pada mu ya Allah..Tuhan maha besar,maha agung Allah.

Abgku Ismail,semasa hayat, abg pernah bertanya pda ku adakah aku akan berkahwin lain jika dia dah tiada?jawapanku.....tidak bang,abglah suamiku dunia dan akhirat.Abg memegang tangan ku erat....'sesungguhnya abg tersgt kasih padamu,ibu anak2ku'..masih tergiang2 kata2 itu ditelingaku.

Abg ,ketiadaanmu sgt mencabar hidupku bang.Godaan dtg mengangguku bersilih ganti.Ujian demi ujian dtg menyinggah tiap detik.

Abg tinggalkan segala kemewahan untuk kami nikmati,abg tinggalkan semuanya untuk kami.Kami diselimuti kain sutera baldu.Xmampu untuk ku menidakkan kasih mu terhadap kami bang.

Apa lagi yang kamu mahu shima?oh tuhan tolonglah aku.aku memohon padamu yang satu,yg maha melihat dan maha mendengar....aku xmau jatuh cinta lagi....


Sunday, July 11, 2010

NO KOMEN LAH

Sebenarnya aku bukan berminat sgt membaca kisah artis2 ni.Banyak benda lain aku harus buat dari mengadap hal ehwal artis2@selebriti ni.Tapi jiwa ini terpanggil untuk memberi sedikit komen kisah cinta 'jejai' n Fasya Sandha ni.

Memandangkan teman ni anak Perak,teman kena le tau sapa menteri beso perak,isteri n anak2 beliau.Walaupun Tan Sri tidak lagi menjawat jawatan tu..Masa kecik Jejai ni xlah cute sgt,dah dewasa xpulak hensem.Tapi teringin tu nak cari artis,pulak tu yg cun melecun nak dijadikan isteri.ok lah tu.Tapi yang xok nya Jejai menjadi rebutan antara para artis2 muda ni.

Tanpa segan silu si artis ni mengaku keintiman mereka berdua yg telah lama terjalin.Yang selama ini bila di tanya,'no komen' semedang.Siap tunjuk cincin lg..Kesian betul teman tgk artis 'desperado' ni.Terpaksa menebalkan muka demi bimbang jejaka idaman di kebas org.

Teman sedih bila tgk artis2 muda yg baru nak menapak dlm dunia seni ni terjebak dalam menggoda org2 ternama,org2 kaya tanpa memikirkan harga diri.Apakata jejaka yg di rebuti mereka? apakata keluarga jejaka hangat yg xberapa hangat ni? mcam biasa 'no komen'.

Sang jejaka juga yg terselamat dari di kutuk.Apahal kamu si jelita?Jgn yg di kejar xdpt yang di gendung berciciran.

Gadis yg jelita, ada harga diri serta maruah yang xboleh dijual beli.Berkahwin dgn org kaya xmenjanjikan bahagia.Wang xdpt membeli segalanya.

Tapi berkahwin dgn org yg xpunya apa,susah juga.Tuntutan hidup dikota mengatasi segalanya..ermm.tepuk dada tanya selera..Bagi teman...NO KOMEN.

Tuesday, July 6, 2010

kadangkala mimpi itu sgt indah.....

Salam untuk semua....i just cameback dari PD.Bayar cukai pintu.Masa drive td punyalah mengantuk.Dah sampai rumah segar pulak mata bertuah ni.Ingat nak rehat sekejap kat chalet kami di PD td,tp mengenangkan Ameer tinggal sorg pulak kat KL,aku teruskan perjalanan pulang kerumah saja.

Singgah di MCD,bungkus makanan apa yg patut.Xselera pulak nak makan.Kat luar mcm nak hujan.Kawan2 ajak keluar malam ni.Tengoklah kalau aku free aku join lah depa tonite.

Malam td aku masuk tido agak awal.Mcm biasa sebelum tido aku mesti ambik wuduk.Selesa tido malam td.Xde bunyi bising tv atau radio.Sehingga lah aku bermimpi....

Ismail sedang memandu,aku n anak2 bercakap,bergelak ketawa tp ismail senyap je.(org kata kalau bermimpikan org yg dah meninggal,mereka tidak berckap)Dlm mimpi tu aku lihat Ismail senyum je.Sampai satu destinansi,ismail memberhentikan kereta.

'knp bang? Ismail xberkata apa tp dia sempat mencium pipiku .dan hilang dalam kepekatan malam.Aku dan anak2 menjerit2 'abanngggg,ayaaaahhh.Dan akhirnya aku terjaga dari mimpi dan menangis.Aku terus memeluk potret ismail dan sedekahkan ALFATIHAH.

Ciuman ismail masih aku terasa.

Ingin sekali aku bertemu dgn mu ismail,didalam mimpi sekali lagi.Xpernah kita berpisah begini lama walaupun aku tahu kita xkan bertemu lagi selama lamanya.Padamu ismail,muga abang bersemadi dgn aman disamping org2 yg ALLAH kasihi.

Bulan depan kita semua berpuasa,lauk kegemaran ismail,kari kepala ikan merah n sambal bacang akan sentiasa ada dlm menu berbuka kami nanti....ALFATIHAH ismail mohd isa

Sunday, July 4, 2010

KERANA IBU MENYAYANGIMU ANAK2KU

Assalamualaikum semua....Lama x online..rupanya ramai yg merinduiku.Petang di Bkt.Jalil td hujan.Sempat lelap sekejap sementara menanti hujan reda.Sebentar lagi tugas ku sebgai 'driver' bermula bila aku akan menghantar anak sulongku Putri Nabilla ke Setapak.

Sebenarnya aku sedih tp macam biasa aku xkan dan xmungkin pamerkan kesedihanku di dpn anak2ku.Putri kursus selama 4bulan dan akan pulang bila weekend.Bila dia sampai dihostel nanti mcm2 timbul difikiranku..Makan apa agaknya anakku,selamat ke tmpat tu dan mcm2 perasaan dtg...aduh mengapa aku harus ada perasaan ini? mengapa aku xboleh just let go je perasaan itu?

Dulu bila mak risau tiap kali aku pulang lewat,aku geram sgt,mak berleter aku pekakkan telinga kini aku dah terima habuan ku.Resah,risau,takut walaupun anak2ku pergi belajar.Mak ,ima dah menjadi ibu,beginilah yg mak rasa bila anak2 jauh dari mata.Mak ima sedang merasainya mak..

Tapi mak masih ada abah,imah? sendirian mak..Aku tahu anak2ku tentu bosan tiap kali keluar dan sampai destinasi,mesti kena lapur pd aku.Tiap kali tu.Ada sekali tu Ameer keluar dan lewat pulang,aku call xdpt,msg xbls.Hampir semua kawan2 Ameer aku hubungi.

Kawan2 Ameer pun xtahu dimana Ameer,ya Allah ,masa tu aku teringatkan Ismail,aku xkan susah2 begini jika Ismail masih ada.Tetapi aku ada Allah yg akan menolongku tiap saat dan waktu.

Ameer,akhirnya pulang dgn selamat hanya selepas aku hampir2 buat lapuran polis.Oh tuhan beginilah hidupku sebagai seorang ibu yg akan sentiasa risaukankan anak2,ibu yg perihatin terhadap anak2 biarpun ianya merosak jiwa namun aku tetap begini,merindui,menyayangimu anak2ku hingga akhir hayatku.


Pada anak2ku,PUTRI NABILLA RAIS,PUTRI SALINA RAIS,AMEERUL RAIS DAN PUTRI AZUREEN RAIS berjanji lah dgn ibu mu ini bahawa kamu tidak akan rosakkan perasaan ibu yg amat kasihkan kamu semua..

Jika di takdir ibu pergi dulu,bersatulah anak2ku...Wassalam