Monday, September 19, 2011

BUKU BARU...BUKU LAMA MENJADI KENANGAN ABADI.....HINGGA AKHIR HAYAT NANTI

Salam syawal .....Syawal yang akan meninggalkan kita beberapa hari lagi......rumah terbuka sana,rumah terbuka sini...kesihatanku mesti dijaga......Tahun ini tidak spt 6 tahun yang lalu,6 tahun dulu aku beraya bersama anak2 diKUANTAN,rumah orang tuaku.....sendirian memandu kereta,sendirian mengisi minyak kereta,sendirian menguruskan kelengkapan anak2....kini tiada lagi.....

Bukan aku tidak mampu melakukannya sendirian cuma terasa senget sebelah bahu ini tanpa bantuan seorang suami....Perkenalan aku dgn HJ.ABDULLAH ENDUT ini sesuatu yang tidak dirancang sama sekali.....Hatiku yang kujangka akan tertutup kemas telah di"usik" oleh HJ.ABDULLAH seorang bapa yang punya 7 anak dan 8 cucu ini......jarak usia 12 tahun sebenarnya bukanlah persoalannya...PERSOALANNYA ....mengapa aku begitu mudah menerima beliau sebagai suami baru....?

Aku telah mendurhakai janji2 aku sendiri,aku telah mendurhakai ARWAH ISMAILku.....TETAPI JODOH PERTEMUAN,AJAL DAN MAUT BUKAN KERJA KITA TETAPI PEKERJAAN ALLAH.....Siapa kita yang boleh menghalangnya?

Sebelum menerima lamaran HJ.ABDULLAH.aku terlebih dahulu berbincang bersama anak2....Malam itu,hujan amat lebat,ribut petir yang agak kuat....aku mengajak anak2ku berjemaah isyak...AMEER anak lelaki tunggalku menjadi imam...MALAM ITU MALAM JUMAAT.Setelah selesai sedekah surah Yassin pada arwah ISMAILku...aku dgn debarnya memulakan perbualan......

'Anak2 ibu yang ibu kasihi sekel;ian,PUTRI NABILLA RAIS,PUTRI SALINA RAIS,AMEERUL RAIS DAN PUTRI AZUREEN RAIS...dengar dgn jelas apa yang ibumu akan perjelaskan ye dan tenanglah menerima Qada' dan Qadar ye anak2ku sayang......' Ibu sedang berkawan dgn seseorang dan beliau ingin mengambil ibu sebagai isterinya yang sah dan berjanji akan menjaga kita anakberanak dgn jujur dan ikhlas kerana ALLAH.....Belum sempat aku menghabiskan kata2ku...anak sulongku dgn marahnya tidak menyetujui rancanganku.....

"Ibu sudah tua,ibu tidak layak untuk bercinta apatah lagi untuk bernikah lagi...ibu tidak sayangkan ayah,ibu derhaka pada ayah....kami tidak sanggup berayah tiri..apatah lagi ayah tiri itu sudah punya isteri dan anak2 yang ramai...Sambil menangis..anak sulongku bingkas meninggalkan sejadah dan masuk kedalam biliknya....SALINA,AMER N UEEN masih setia dan bersedia memberi 'hujah2' mereka.....Aku kena tenang dan sabar mendengar apa jua komen yang akan mereka berikan.....

'Amer ok je ibu..janji dia tidak mengabaikan kita...Amer tidak mahu ibu kecewa apabila bernikah nanti...selama ketiadaan ayah kita tiada masaalah malah Allah beri kita rezeki yang murah serta kebahagian meskipun ALLAH ambil ayah terlebih awal....." itu kata2 AMER.......' Ueen tidakk setujuuuuuuu....Ueen benci lelaki itu ,ueen benci ibuuuu......" kata2 jujur yang keluar dari mulut anak bongsu ku....."Ina harap ibu fikir dan fikirlah beribu kali....ibu baru mengenali lelaki ini..kita tidak tahu apa motifnya ibu...banyakkan bersolat istigharah ibu".....lembut kata2 Ina namun pedih......

HJ.ABDULLAH terus menghubungiku dan terus terusan menyakinkan aku bahawa beliau jujur dan ingin mengambil aku sebagai isterinya ....HJ.ABDULLAH tidak jemu menyakinkan aku....AKU DIDALAM DILEMA YANG AMAT PEDIH.....pihak keluarga HJABDULLAH BERSUNGGUH2 berusaha untuk memisahkan kami..pelbagai cara licik mereka gunakan dgn memfitnah bapa mereka sendiri dgn pekara2 yang sgt memalukan....Aku hampir mahu berpisah dgn HJ.ABDULLAH.Namun HJ.ABDULLAH sentiasa menenangkan aku....

Aku sayangkan anak2ku dan aku jua kasihkan HJ.ABDULLAH.....Pelbagai ujian aku dan HJ ABDULLAH lalui....Kemahkamah,menerima sms2 berbau ugutan (sehingga aku membuat laporan polis),menganggu anak2ku dgn bahasa2 yang kesat,memfitnah aku menggunakan ilmu hitam untuk memikat lelaki....malah melabelkan aku seperti perempuan murahan..semuanya perbuatan keji yang dilakukan oleh keluarga HJ.ABDULLAH terhadap aku ......ALHAMDULILLAH ku tenang dan sabar menghadapi segala ini....ALLAH ada bersama ku

Apajua perkerjaan ALLAH JANGANLAH KITA HALANG ATAU ENGKAR......Akhirnya dengan izin ALLAH hubungan kami ini DIRESTUI keluarga hingga kejinjang pelamin......MESJID MUQAROBBIN MENJADI SAKSI PERNIKAHAN KAMI.....Sahlah aku menjadi isteri kepada HJ.ABDULLAH ENDUT dgn maskawin rm80 tunai dan hantaran rm 10002 serba satu.........

TERIMAKASIH INA,TERIMAKASIH AMER kerana sudi hadhir pada majlis pernikahan ibu....UEEN diKEDAH ketika itu dan NABILLA berkerja malam itu.....terimakasih mak,abah,kak yah,abg wahid,dila n suami dan yang lain kerana memberi sokongan pada kami berdua.....

Meskipun sudah bernikah baru,jiwa ku tidak pernah lupa ARWAH SUAMIKU ISMAIL...ALLAH MENGAMBIL ARWAH UNTUK DIGANTIKAN DGN HJ ABDULLAH....

Syukur aku punya suami yang persis arwah ISMAILku dulu....baik hati,bertanggungjawab,lembut bicara,sgt menghormati aku dan keluargaku,sabar,tenang,dan sgt kuat beragama dan sgt cintakan aku serta anak2ku..SYUKUR PADA ILAHI....HADIAH TERINDAH DARI ALLAH SETELAH DIBIARKAN AKU SENDIRIAN MEJALANI KEHIDUPAN.......TERIMAKASIH ALLAH........PADAMU ARWAH ISMAILku.....AKU TIDAK PERNAH LUPA MENYEDEKAHKANMU SURAH YASSIN BUATMU YANG PERNAH MENYINARI HIDUPKU DULU KINI DAN SELAMANYA.........

Padamu suamiku HJ.ABDULLAH AKU BERJANJI AKAN MENJADI ISTERI YANG SOLEHAH. YANG TAAT DAN PENGASIH SERTA PENYAYANG PADAMU....MUGA PERKAHWINAN KITA KEKAL HINGGA AKHIRNYA......KEPADA SAHABAT2 YANG SENTIASA MENYOKONGKU...HANYA ALLAH JUA YANG MEMBALAS SEGALA KEBAIKAN KALIAN SERTA KELUARGA MASING2.......

Muga PUTRI NABILLA RAIS DAN PUTRI AZUREEN RAIS dilembutkan hati mereka menerima qada' dan qadar ALLAH ini dgn penuh kesyukuran dan tabah.....INGAT ANAK2KU...ARWAH AYAH AKAN TENANG DISANA KERANA ADA ORANG YANG BAIK MENJAGA KITA........ALFATEHAH BUATMU ISMAIL MOHD.ISA......




Sunday, September 19, 2010

ABG...........

Salam semua yang aku kasihi sekelian...rindu menulis ,lama xjenguk blog...ye syawal datang lagi...

4tahun setelah ketiadaan ISMAIL,beraya dirumah mak di KTN,PHG.As usual lps 3 hari di PHG,bergerak ke PENANG pula.Sepanjang perjalanan ke PENANG,hati bagai nak meletup ,nak nangis tiada berairmata,nak senyum tiada daya,nak menjerit tiada upaya.tabahkan hati mu RAHIMAH.Kuatkan iman mu RAHIMAH.Kenapa kau sebak RAHIMAH? Kau nak bertemu ISMAIL kan? nak ke pusaranya kan?

Pusara arwah ISMAIL terletak di SG.DUA,BUTTERWORTH.Apabila menyusuri highway akan ternampak lah pusara kaku disitu.Pusara ARWAH ISMAIL MOHD.ISA..suamiku,kekasihku,sahabatku,pujaan hatiku....

Sudah sampai,tapi terlupa nak beli bunga dan air.Berpatah balik kekedai,satu kedai bunga pun tiada kelihatan.Cari lagi ,tidak tersua jua..cuaca sudah semakin panas.Tak mengapa,cukuplah dgn 2 botol besar air mineral untuk kusiram diatas pusaramu nanti abang.

Dgn langkah yg lemah aku terus memeluk batu nisan milik mu ABG.Aku tidak mahu menangis.Tidak mahu,tidak mahu....oh abg,siapa lah aku ,hamba ALLAH yang lemah dan naif.Aku menangis jua,aku menangis dan menangis.Ya Allah mengapa kau ambil ISMAIL dariku ya ALLAH?Ya Allah ampunkan dosaku ya tuhan..oh tuhan apa yang aku katakan ini?

Aku ingin lama bersama mu menyambut harilahirku dipusaramu.Aku ingin lama disitu,di pusaramu.Sehingga aku ditegur oleh sipenjaga kubur supaya berlalu pergi kerana cuaca spt mahu hujan.Tolonglah pakcik,ini pusara suami saya..saya ingin lama disini..

Suamiku ISMAIL yang bukan saja meninggalkan segala kebaikan malah meninggalkan kenangan terindah yang sukar untuk aku,anak2ku melupakan sehingga akhir hayatku..Abg,tersentuh jiwaku apabila UEEN,putri bongsu kita mengatakan sudah lama dia tidak menyebut perkataan AYAH....

Tiap saat dan ketika,tiadaku lupa sedekah buat mu..Kau yang bernama hati,kau yang bernama cinta,kau yang bernama jiwa....AL FATIHAH BUATMU ISMAIL MOHD ISA...Bersemadilah dikau dgn tenang disamping org2 yang dkasihi ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

Monday, July 12, 2010

Tidak mahu jatuh cinta lg

Syukran jazilan.....syukran.......aku membuka bicara dgn mengucapkan syukur dan berterima kasihku pada mu ya Allah..Tuhan maha besar,maha agung Allah.

Abgku Ismail,semasa hayat, abg pernah bertanya pda ku adakah aku akan berkahwin lain jika dia dah tiada?jawapanku.....tidak bang,abglah suamiku dunia dan akhirat.Abg memegang tangan ku erat....'sesungguhnya abg tersgt kasih padamu,ibu anak2ku'..masih tergiang2 kata2 itu ditelingaku.

Abg ,ketiadaanmu sgt mencabar hidupku bang.Godaan dtg mengangguku bersilih ganti.Ujian demi ujian dtg menyinggah tiap detik.

Abg tinggalkan segala kemewahan untuk kami nikmati,abg tinggalkan semuanya untuk kami.Kami diselimuti kain sutera baldu.Xmampu untuk ku menidakkan kasih mu terhadap kami bang.

Apa lagi yang kamu mahu shima?oh tuhan tolonglah aku.aku memohon padamu yang satu,yg maha melihat dan maha mendengar....aku xmau jatuh cinta lagi....


Sunday, July 11, 2010

NO KOMEN LAH

Sebenarnya aku bukan berminat sgt membaca kisah artis2 ni.Banyak benda lain aku harus buat dari mengadap hal ehwal artis2@selebriti ni.Tapi jiwa ini terpanggil untuk memberi sedikit komen kisah cinta 'jejai' n Fasya Sandha ni.

Memandangkan teman ni anak Perak,teman kena le tau sapa menteri beso perak,isteri n anak2 beliau.Walaupun Tan Sri tidak lagi menjawat jawatan tu..Masa kecik Jejai ni xlah cute sgt,dah dewasa xpulak hensem.Tapi teringin tu nak cari artis,pulak tu yg cun melecun nak dijadikan isteri.ok lah tu.Tapi yang xok nya Jejai menjadi rebutan antara para artis2 muda ni.

Tanpa segan silu si artis ni mengaku keintiman mereka berdua yg telah lama terjalin.Yang selama ini bila di tanya,'no komen' semedang.Siap tunjuk cincin lg..Kesian betul teman tgk artis 'desperado' ni.Terpaksa menebalkan muka demi bimbang jejaka idaman di kebas org.

Teman sedih bila tgk artis2 muda yg baru nak menapak dlm dunia seni ni terjebak dalam menggoda org2 ternama,org2 kaya tanpa memikirkan harga diri.Apakata jejaka yg di rebuti mereka? apakata keluarga jejaka hangat yg xberapa hangat ni? mcam biasa 'no komen'.

Sang jejaka juga yg terselamat dari di kutuk.Apahal kamu si jelita?Jgn yg di kejar xdpt yang di gendung berciciran.

Gadis yg jelita, ada harga diri serta maruah yang xboleh dijual beli.Berkahwin dgn org kaya xmenjanjikan bahagia.Wang xdpt membeli segalanya.

Tapi berkahwin dgn org yg xpunya apa,susah juga.Tuntutan hidup dikota mengatasi segalanya..ermm.tepuk dada tanya selera..Bagi teman...NO KOMEN.

Tuesday, July 6, 2010

kadangkala mimpi itu sgt indah.....

Salam untuk semua....i just cameback dari PD.Bayar cukai pintu.Masa drive td punyalah mengantuk.Dah sampai rumah segar pulak mata bertuah ni.Ingat nak rehat sekejap kat chalet kami di PD td,tp mengenangkan Ameer tinggal sorg pulak kat KL,aku teruskan perjalanan pulang kerumah saja.

Singgah di MCD,bungkus makanan apa yg patut.Xselera pulak nak makan.Kat luar mcm nak hujan.Kawan2 ajak keluar malam ni.Tengoklah kalau aku free aku join lah depa tonite.

Malam td aku masuk tido agak awal.Mcm biasa sebelum tido aku mesti ambik wuduk.Selesa tido malam td.Xde bunyi bising tv atau radio.Sehingga lah aku bermimpi....

Ismail sedang memandu,aku n anak2 bercakap,bergelak ketawa tp ismail senyap je.(org kata kalau bermimpikan org yg dah meninggal,mereka tidak berckap)Dlm mimpi tu aku lihat Ismail senyum je.Sampai satu destinansi,ismail memberhentikan kereta.

'knp bang? Ismail xberkata apa tp dia sempat mencium pipiku .dan hilang dalam kepekatan malam.Aku dan anak2 menjerit2 'abanngggg,ayaaaahhh.Dan akhirnya aku terjaga dari mimpi dan menangis.Aku terus memeluk potret ismail dan sedekahkan ALFATIHAH.

Ciuman ismail masih aku terasa.

Ingin sekali aku bertemu dgn mu ismail,didalam mimpi sekali lagi.Xpernah kita berpisah begini lama walaupun aku tahu kita xkan bertemu lagi selama lamanya.Padamu ismail,muga abang bersemadi dgn aman disamping org2 yg ALLAH kasihi.

Bulan depan kita semua berpuasa,lauk kegemaran ismail,kari kepala ikan merah n sambal bacang akan sentiasa ada dlm menu berbuka kami nanti....ALFATIHAH ismail mohd isa

Sunday, July 4, 2010

KERANA IBU MENYAYANGIMU ANAK2KU

Assalamualaikum semua....Lama x online..rupanya ramai yg merinduiku.Petang di Bkt.Jalil td hujan.Sempat lelap sekejap sementara menanti hujan reda.Sebentar lagi tugas ku sebgai 'driver' bermula bila aku akan menghantar anak sulongku Putri Nabilla ke Setapak.

Sebenarnya aku sedih tp macam biasa aku xkan dan xmungkin pamerkan kesedihanku di dpn anak2ku.Putri kursus selama 4bulan dan akan pulang bila weekend.Bila dia sampai dihostel nanti mcm2 timbul difikiranku..Makan apa agaknya anakku,selamat ke tmpat tu dan mcm2 perasaan dtg...aduh mengapa aku harus ada perasaan ini? mengapa aku xboleh just let go je perasaan itu?

Dulu bila mak risau tiap kali aku pulang lewat,aku geram sgt,mak berleter aku pekakkan telinga kini aku dah terima habuan ku.Resah,risau,takut walaupun anak2ku pergi belajar.Mak ,ima dah menjadi ibu,beginilah yg mak rasa bila anak2 jauh dari mata.Mak ima sedang merasainya mak..

Tapi mak masih ada abah,imah? sendirian mak..Aku tahu anak2ku tentu bosan tiap kali keluar dan sampai destinasi,mesti kena lapur pd aku.Tiap kali tu.Ada sekali tu Ameer keluar dan lewat pulang,aku call xdpt,msg xbls.Hampir semua kawan2 Ameer aku hubungi.

Kawan2 Ameer pun xtahu dimana Ameer,ya Allah ,masa tu aku teringatkan Ismail,aku xkan susah2 begini jika Ismail masih ada.Tetapi aku ada Allah yg akan menolongku tiap saat dan waktu.

Ameer,akhirnya pulang dgn selamat hanya selepas aku hampir2 buat lapuran polis.Oh tuhan beginilah hidupku sebagai seorang ibu yg akan sentiasa risaukankan anak2,ibu yg perihatin terhadap anak2 biarpun ianya merosak jiwa namun aku tetap begini,merindui,menyayangimu anak2ku hingga akhir hayatku.


Pada anak2ku,PUTRI NABILLA RAIS,PUTRI SALINA RAIS,AMEERUL RAIS DAN PUTRI AZUREEN RAIS berjanji lah dgn ibu mu ini bahawa kamu tidak akan rosakkan perasaan ibu yg amat kasihkan kamu semua..

Jika di takdir ibu pergi dulu,bersatulah anak2ku...Wassalam

Wednesday, May 19, 2010

BAJU TERAKHIR ISMAIL SEBELUM DIA PERGI

Assalamualaikum,masa berlalu begitu pantas.Sudah hampir setengah tahun kita lalui tahun 2010.Anak2 makin dewasa dan aku makin berusia.

Malam tadi semasa sedang mengemas almari pakaian,tersentak aku ternampak sehelai baju t,pakaian terakhir arwah sebelum dia pergi meninggalkan aku selamanya.T.shirt HARDROCK CAFE MIAMI.Tshirt kegemaran arwah ismail.Semasa ambulan datang pada malam 7hb.april 2006 itu,arwah memakai tshirt tu dgn kain pelikat.Aku xbenarkan arwah memakai tshirt tu nanti payah nak buka di hospital nanti.Namun itu lah hakikatnya.

Tshirt itu terpaksa di gunting oleh nurse selepas arwah tidak bernyawa lagi.Tshirt tu aku lipat dan disimpan didalam plastik.Menitis airmataku,aku peluk dan ku cium pkaian mu ismail.ada bau mu di situ.Bagaimana agaknya keadaan abang disana.Baik kah?anak bongsu ku dpt tawaran belajar di Permatang Pauh.tak sabar ku kesana untuk menziarahi kuburmu abg.

Aku masih dan akan semadikan tshirt peninggalan arwah ismail selamanya didalam gerobok jiwaku.Meskupun tshirt itu tidak sempurna lagi.Terimakasih abg ISMAIL MOHD.ISA..kenangan bersama mu sgt indah.kalau arwah ada lagi tentu dia ajak aku lunch nasi ayam kat jalan kelang lama...allahuakhbar..tiada lagi saat itu....