Sunday, September 19, 2010

ABG...........

Salam semua yang aku kasihi sekelian...rindu menulis ,lama xjenguk blog...ye syawal datang lagi...

4tahun setelah ketiadaan ISMAIL,beraya dirumah mak di KTN,PHG.As usual lps 3 hari di PHG,bergerak ke PENANG pula.Sepanjang perjalanan ke PENANG,hati bagai nak meletup ,nak nangis tiada berairmata,nak senyum tiada daya,nak menjerit tiada upaya.tabahkan hati mu RAHIMAH.Kuatkan iman mu RAHIMAH.Kenapa kau sebak RAHIMAH? Kau nak bertemu ISMAIL kan? nak ke pusaranya kan?

Pusara arwah ISMAIL terletak di SG.DUA,BUTTERWORTH.Apabila menyusuri highway akan ternampak lah pusara kaku disitu.Pusara ARWAH ISMAIL MOHD.ISA..suamiku,kekasihku,sahabatku,pujaan hatiku....

Sudah sampai,tapi terlupa nak beli bunga dan air.Berpatah balik kekedai,satu kedai bunga pun tiada kelihatan.Cari lagi ,tidak tersua jua..cuaca sudah semakin panas.Tak mengapa,cukuplah dgn 2 botol besar air mineral untuk kusiram diatas pusaramu nanti abang.

Dgn langkah yg lemah aku terus memeluk batu nisan milik mu ABG.Aku tidak mahu menangis.Tidak mahu,tidak mahu....oh abg,siapa lah aku ,hamba ALLAH yang lemah dan naif.Aku menangis jua,aku menangis dan menangis.Ya Allah mengapa kau ambil ISMAIL dariku ya ALLAH?Ya Allah ampunkan dosaku ya tuhan..oh tuhan apa yang aku katakan ini?

Aku ingin lama bersama mu menyambut harilahirku dipusaramu.Aku ingin lama disitu,di pusaramu.Sehingga aku ditegur oleh sipenjaga kubur supaya berlalu pergi kerana cuaca spt mahu hujan.Tolonglah pakcik,ini pusara suami saya..saya ingin lama disini..

Suamiku ISMAIL yang bukan saja meninggalkan segala kebaikan malah meninggalkan kenangan terindah yang sukar untuk aku,anak2ku melupakan sehingga akhir hayatku..Abg,tersentuh jiwaku apabila UEEN,putri bongsu kita mengatakan sudah lama dia tidak menyebut perkataan AYAH....

Tiap saat dan ketika,tiadaku lupa sedekah buat mu..Kau yang bernama hati,kau yang bernama cinta,kau yang bernama jiwa....AL FATIHAH BUATMU ISMAIL MOHD ISA...Bersemadilah dikau dgn tenang disamping org2 yang dkasihi ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

Monday, July 12, 2010

Tidak mahu jatuh cinta lg

Syukran jazilan.....syukran.......aku membuka bicara dgn mengucapkan syukur dan berterima kasihku pada mu ya Allah..Tuhan maha besar,maha agung Allah.

Abgku Ismail,semasa hayat, abg pernah bertanya pda ku adakah aku akan berkahwin lain jika dia dah tiada?jawapanku.....tidak bang,abglah suamiku dunia dan akhirat.Abg memegang tangan ku erat....'sesungguhnya abg tersgt kasih padamu,ibu anak2ku'..masih tergiang2 kata2 itu ditelingaku.

Abg ,ketiadaanmu sgt mencabar hidupku bang.Godaan dtg mengangguku bersilih ganti.Ujian demi ujian dtg menyinggah tiap detik.

Abg tinggalkan segala kemewahan untuk kami nikmati,abg tinggalkan semuanya untuk kami.Kami diselimuti kain sutera baldu.Xmampu untuk ku menidakkan kasih mu terhadap kami bang.

Apa lagi yang kamu mahu shima?oh tuhan tolonglah aku.aku memohon padamu yang satu,yg maha melihat dan maha mendengar....aku xmau jatuh cinta lagi....


Sunday, July 11, 2010

NO KOMEN LAH

Sebenarnya aku bukan berminat sgt membaca kisah artis2 ni.Banyak benda lain aku harus buat dari mengadap hal ehwal artis2@selebriti ni.Tapi jiwa ini terpanggil untuk memberi sedikit komen kisah cinta 'jejai' n Fasya Sandha ni.

Memandangkan teman ni anak Perak,teman kena le tau sapa menteri beso perak,isteri n anak2 beliau.Walaupun Tan Sri tidak lagi menjawat jawatan tu..Masa kecik Jejai ni xlah cute sgt,dah dewasa xpulak hensem.Tapi teringin tu nak cari artis,pulak tu yg cun melecun nak dijadikan isteri.ok lah tu.Tapi yang xok nya Jejai menjadi rebutan antara para artis2 muda ni.

Tanpa segan silu si artis ni mengaku keintiman mereka berdua yg telah lama terjalin.Yang selama ini bila di tanya,'no komen' semedang.Siap tunjuk cincin lg..Kesian betul teman tgk artis 'desperado' ni.Terpaksa menebalkan muka demi bimbang jejaka idaman di kebas org.

Teman sedih bila tgk artis2 muda yg baru nak menapak dlm dunia seni ni terjebak dalam menggoda org2 ternama,org2 kaya tanpa memikirkan harga diri.Apakata jejaka yg di rebuti mereka? apakata keluarga jejaka hangat yg xberapa hangat ni? mcam biasa 'no komen'.

Sang jejaka juga yg terselamat dari di kutuk.Apahal kamu si jelita?Jgn yg di kejar xdpt yang di gendung berciciran.

Gadis yg jelita, ada harga diri serta maruah yang xboleh dijual beli.Berkahwin dgn org kaya xmenjanjikan bahagia.Wang xdpt membeli segalanya.

Tapi berkahwin dgn org yg xpunya apa,susah juga.Tuntutan hidup dikota mengatasi segalanya..ermm.tepuk dada tanya selera..Bagi teman...NO KOMEN.

Tuesday, July 6, 2010

kadangkala mimpi itu sgt indah.....

Salam untuk semua....i just cameback dari PD.Bayar cukai pintu.Masa drive td punyalah mengantuk.Dah sampai rumah segar pulak mata bertuah ni.Ingat nak rehat sekejap kat chalet kami di PD td,tp mengenangkan Ameer tinggal sorg pulak kat KL,aku teruskan perjalanan pulang kerumah saja.

Singgah di MCD,bungkus makanan apa yg patut.Xselera pulak nak makan.Kat luar mcm nak hujan.Kawan2 ajak keluar malam ni.Tengoklah kalau aku free aku join lah depa tonite.

Malam td aku masuk tido agak awal.Mcm biasa sebelum tido aku mesti ambik wuduk.Selesa tido malam td.Xde bunyi bising tv atau radio.Sehingga lah aku bermimpi....

Ismail sedang memandu,aku n anak2 bercakap,bergelak ketawa tp ismail senyap je.(org kata kalau bermimpikan org yg dah meninggal,mereka tidak berckap)Dlm mimpi tu aku lihat Ismail senyum je.Sampai satu destinansi,ismail memberhentikan kereta.

'knp bang? Ismail xberkata apa tp dia sempat mencium pipiku .dan hilang dalam kepekatan malam.Aku dan anak2 menjerit2 'abanngggg,ayaaaahhh.Dan akhirnya aku terjaga dari mimpi dan menangis.Aku terus memeluk potret ismail dan sedekahkan ALFATIHAH.

Ciuman ismail masih aku terasa.

Ingin sekali aku bertemu dgn mu ismail,didalam mimpi sekali lagi.Xpernah kita berpisah begini lama walaupun aku tahu kita xkan bertemu lagi selama lamanya.Padamu ismail,muga abang bersemadi dgn aman disamping org2 yg ALLAH kasihi.

Bulan depan kita semua berpuasa,lauk kegemaran ismail,kari kepala ikan merah n sambal bacang akan sentiasa ada dlm menu berbuka kami nanti....ALFATIHAH ismail mohd isa

Sunday, July 4, 2010

KERANA IBU MENYAYANGIMU ANAK2KU

Assalamualaikum semua....Lama x online..rupanya ramai yg merinduiku.Petang di Bkt.Jalil td hujan.Sempat lelap sekejap sementara menanti hujan reda.Sebentar lagi tugas ku sebgai 'driver' bermula bila aku akan menghantar anak sulongku Putri Nabilla ke Setapak.

Sebenarnya aku sedih tp macam biasa aku xkan dan xmungkin pamerkan kesedihanku di dpn anak2ku.Putri kursus selama 4bulan dan akan pulang bila weekend.Bila dia sampai dihostel nanti mcm2 timbul difikiranku..Makan apa agaknya anakku,selamat ke tmpat tu dan mcm2 perasaan dtg...aduh mengapa aku harus ada perasaan ini? mengapa aku xboleh just let go je perasaan itu?

Dulu bila mak risau tiap kali aku pulang lewat,aku geram sgt,mak berleter aku pekakkan telinga kini aku dah terima habuan ku.Resah,risau,takut walaupun anak2ku pergi belajar.Mak ,ima dah menjadi ibu,beginilah yg mak rasa bila anak2 jauh dari mata.Mak ima sedang merasainya mak..

Tapi mak masih ada abah,imah? sendirian mak..Aku tahu anak2ku tentu bosan tiap kali keluar dan sampai destinasi,mesti kena lapur pd aku.Tiap kali tu.Ada sekali tu Ameer keluar dan lewat pulang,aku call xdpt,msg xbls.Hampir semua kawan2 Ameer aku hubungi.

Kawan2 Ameer pun xtahu dimana Ameer,ya Allah ,masa tu aku teringatkan Ismail,aku xkan susah2 begini jika Ismail masih ada.Tetapi aku ada Allah yg akan menolongku tiap saat dan waktu.

Ameer,akhirnya pulang dgn selamat hanya selepas aku hampir2 buat lapuran polis.Oh tuhan beginilah hidupku sebagai seorang ibu yg akan sentiasa risaukankan anak2,ibu yg perihatin terhadap anak2 biarpun ianya merosak jiwa namun aku tetap begini,merindui,menyayangimu anak2ku hingga akhir hayatku.


Pada anak2ku,PUTRI NABILLA RAIS,PUTRI SALINA RAIS,AMEERUL RAIS DAN PUTRI AZUREEN RAIS berjanji lah dgn ibu mu ini bahawa kamu tidak akan rosakkan perasaan ibu yg amat kasihkan kamu semua..

Jika di takdir ibu pergi dulu,bersatulah anak2ku...Wassalam

Wednesday, May 19, 2010

BAJU TERAKHIR ISMAIL SEBELUM DIA PERGI

Assalamualaikum,masa berlalu begitu pantas.Sudah hampir setengah tahun kita lalui tahun 2010.Anak2 makin dewasa dan aku makin berusia.

Malam tadi semasa sedang mengemas almari pakaian,tersentak aku ternampak sehelai baju t,pakaian terakhir arwah sebelum dia pergi meninggalkan aku selamanya.T.shirt HARDROCK CAFE MIAMI.Tshirt kegemaran arwah ismail.Semasa ambulan datang pada malam 7hb.april 2006 itu,arwah memakai tshirt tu dgn kain pelikat.Aku xbenarkan arwah memakai tshirt tu nanti payah nak buka di hospital nanti.Namun itu lah hakikatnya.

Tshirt itu terpaksa di gunting oleh nurse selepas arwah tidak bernyawa lagi.Tshirt tu aku lipat dan disimpan didalam plastik.Menitis airmataku,aku peluk dan ku cium pkaian mu ismail.ada bau mu di situ.Bagaimana agaknya keadaan abang disana.Baik kah?anak bongsu ku dpt tawaran belajar di Permatang Pauh.tak sabar ku kesana untuk menziarahi kuburmu abg.

Aku masih dan akan semadikan tshirt peninggalan arwah ismail selamanya didalam gerobok jiwaku.Meskupun tshirt itu tidak sempurna lagi.Terimakasih abg ISMAIL MOHD.ISA..kenangan bersama mu sgt indah.kalau arwah ada lagi tentu dia ajak aku lunch nasi ayam kat jalan kelang lama...allahuakhbar..tiada lagi saat itu....

Thursday, April 22, 2010

MINGGU YG PENAT

Assalamualaikum,aku membuka bicara di skrin yg bisu tp setia menemaniku,tiap pg seperti biasa aku akan hubungi mak abah di pahang,bertnya khabar.jenguk didapur,minum airmilo n jamah roti bakar.tak pernah lupa tatap potret arwah ismail.Aku sebetulnya amat merindui mu ismail.

Pagi lg aku harus begerak menjemput anak kedua ku putri salina di sabakbernam,aku tersgatlah penat n mengantuk namun demi anak2 aku terpaksa,perjalanan agak jauh dan sgt memenatkan.bertolak jam 10pg kesabakbernam sampai kl jam 9mlm.itulah rutin harianku yg lbh bertumpu pd anak2.aku sebolehnya mahu anak2 aku tahu bahawa aku amat menyayangi mereka.


Esuk drive lg.ke shahalam,jenguk ameer..then ke pejabat insuran..mengantuknya ya tuhan.bila lah aku dpt blk penang lg jika kerja telalu byk aku tanggung di sini.


Siapa boleh buat selain aku?segala urusan aku kena bereskan.penat,penat n penat.Aku nak bawa anak2ku bercuti diluar negara.tanpa ismail?NO WAY.Allah tunjukkan aku jln yg benar,berikan aku kekuatan.aku bimbang jatuh sakit.aku tak mau anak2ku tiada aku pula selepas ayah mereka..yang nyata manusia itu tidak sempurna.

Aku sebenarnya kuat tp lemah.aku sebenarnya lemah tp kuat..aku kuat keranamu ALLAH.aku lemah jua kerana mu.namun ALLAH sentiasa mendengar doaku,dan doaku selalu terkabul.alhamdulillah.minggu yg penat ini sbnarnya tidak sia2.aku sentiasa ada disisi anak2ku yg tercinta.ABG,KAMI RINDUKAN ABG.ALFATIHAH.

Selamat malam,putri nabilla,putri salina,ameerul n putri azureen..esuk ibu penat lg tp ibu bahagia.......

Tuesday, April 6, 2010

7hb.april...genap 4tahun ismail pergi

hai,its been a long time i xjenguk blog.hari ni genap 4tahun ismail meninggalkan kami.malam ni aku akan sedekah bacaan yasin buat arwah suamiku.aku amat merindui ismail.aku jua dah lama xziarah kubur arwah lantaran tuntutan keje yg xdpt ku elakkan.

jiwa ini xpernah melupai mu abg.berat sungguh tanggungan ku selama abg tiada.xpernah aku mengeluh atau menangis dpn anak2..never.aku mahu jd ibu mithali pada mereka.aku mahu anak2ku menjd org2 yg beriman yg berjaya didunia dan diakhirat.


hari ini aku demam,batuk2 bertambah sakit bila cermin kete pecah semalam.ujian Allah ttp aku harungi dgn tabah.apabila berlaku musibah aku hanya mampu minta pertolongan dari Allah.aku yakin tiap musibah itu ada hikmah yg menanti.insyaallah.

Friday, March 5, 2010

BILA KENANGAN KEMBALI MENGGAMIT

kadang2 teringin aku menjerit meluahkan apa yang terbuku dihati..tp aku ada iman yg kukuh,insyaallah.Menghadapi hari2 yg bakal aku tempuhi nanti sgt menghantuiku,anak2
bakal berumahtangga dan akan meninggalkan aku sendirian,bolehkah aku hadapi semua itu nanti?

mak,abah lah tempat aku menumpang kasih sementara mereka masih ada.menjadi ibutunggal
bukan semudah yg disangka.tiap langkahku di salah ertikan,tiap kataku disalah tafsirkan.
bukan saja yg tua yg muda pun bersungguh nak mendekatiku.Imam jua xlepas nak masuk jarum.ujian demi ujian aku lalui sepanjang bergelar ibutunggal ,insyaallah aku ada dia yg maha esa yg sayangkan aku.

Allah subhanahuataala sentiasa bersamaku.aku xlupa sujud pd mu ya ilahi,kau ambil suamiku
kau beri ujian pdku dan aku yakin ada hikmah yang menantiku...

abg,nabilla telah tamat diploma n insyaallah akan sambung degree.Ina,bulan june ini habis belajar,amer lg setahun di unisel n ueen sdg mencari tmpt di mana2 institusi kerajaan lps spm.
Anak2 hampir seorg demi seorg akan meninggalkan ku.

Kami disini berdoa agar abg disana diperlapangkan kubur,dipermudahkan perjalanan menuju ke syurga n ditmptkan bersama org2 yg beriman...

Malam tu aku mimpi abg menyelimutiku dgn kain baldu....kasihku pd mu ttp bersemi....
ISMAIL we luv u .

7hb.April.yg dukacita

salam,bukan mudah menjadi ibu kepada anak2 remaja.3perempuanseorang lelaki.tuhan saja yg tahu.sebgai ibu tunggal yg hidup dikota kosmopolitan yg penuh ranjau n duri.aku harus tabah...7hb.april.2006 pukul 11mlm tarikh dukacita aku bila ismail,suami tercinta gone forever.

ptg khamis tu,arwah buat aku marah bila dia suruh aku beli tauhu petis.masa tu ribut petir dgn ujan yg lebt.aku keluar mencari merata sripetaling akhirnya berjumpa jua.nak rezeki arwah.bila aku pulang,arwah xmkan.dia kata u dah lmbt,dia xde selera nak mkn.maaaaaaaakkkk,knp ismail buat aku beginiiiiii?

aku merajuk masuk bilik dan menangis...anak bongsuku putri azureen mengetuk pintu memanggil aku keluar,aku buat xtahu akhirnye bila azureen memberi tahu ayah batuk2 n berpeluh baru aku beralah.petg tu ribut petir ujan lbt,nabilla,salina n ameerul di hostel.

kaki suamiku sejuk,aku mula resah dan nak hubungi sedaramara arwah tp arwah xbenarkan.katanya biasalah kaki sejuk n minta aku urutkankan kakinya.arwah memandangku dan bertanyakan pelajaran anak2nye.jam menunjukkan kepukul 8.30mlm.kedengaran arwah batuk2 begitu kuat.aku solat isyak kemudian terus hubungi ambulan.ambulan smpai sejurus slps itu.arwah sempat suruh aku simpan wallet n hp.

aku ikut ambulan dari belakang menuju ke hospital pantai di bangsar,abg terus ke icu.aku tggu diluar smbil berdoa..kedengaran nurse memanggil aku kerana suami tenat dan abg nak jumpa aku namun takdir penentu segala,jenazah masih panas sewaktu aku melangkah ke bilik icu.

abg,aku berjanji akan mendidik anak2 menjadi manusia berguna didunia n akhirat.kenangan bersamamu akan kusemat dijiwa hingga keakhirnya..7hb.april akan kembali lagi.hampir 4tahun abg pergi,abg ttp dihati kami.

abg,terimakasih diatas segalanya bang......muga roh abg ditmpt org2 yg soleh.amin.

Thursday, March 4, 2010