Wednesday, May 19, 2010

BAJU TERAKHIR ISMAIL SEBELUM DIA PERGI

Assalamualaikum,masa berlalu begitu pantas.Sudah hampir setengah tahun kita lalui tahun 2010.Anak2 makin dewasa dan aku makin berusia.

Malam tadi semasa sedang mengemas almari pakaian,tersentak aku ternampak sehelai baju t,pakaian terakhir arwah sebelum dia pergi meninggalkan aku selamanya.T.shirt HARDROCK CAFE MIAMI.Tshirt kegemaran arwah ismail.Semasa ambulan datang pada malam 7hb.april 2006 itu,arwah memakai tshirt tu dgn kain pelikat.Aku xbenarkan arwah memakai tshirt tu nanti payah nak buka di hospital nanti.Namun itu lah hakikatnya.

Tshirt itu terpaksa di gunting oleh nurse selepas arwah tidak bernyawa lagi.Tshirt tu aku lipat dan disimpan didalam plastik.Menitis airmataku,aku peluk dan ku cium pkaian mu ismail.ada bau mu di situ.Bagaimana agaknya keadaan abang disana.Baik kah?anak bongsu ku dpt tawaran belajar di Permatang Pauh.tak sabar ku kesana untuk menziarahi kuburmu abg.

Aku masih dan akan semadikan tshirt peninggalan arwah ismail selamanya didalam gerobok jiwaku.Meskupun tshirt itu tidak sempurna lagi.Terimakasih abg ISMAIL MOHD.ISA..kenangan bersama mu sgt indah.kalau arwah ada lagi tentu dia ajak aku lunch nasi ayam kat jalan kelang lama...allahuakhbar..tiada lagi saat itu....

No comments:

Post a Comment