Sunday, September 19, 2010

ABG...........

Salam semua yang aku kasihi sekelian...rindu menulis ,lama xjenguk blog...ye syawal datang lagi...

4tahun setelah ketiadaan ISMAIL,beraya dirumah mak di KTN,PHG.As usual lps 3 hari di PHG,bergerak ke PENANG pula.Sepanjang perjalanan ke PENANG,hati bagai nak meletup ,nak nangis tiada berairmata,nak senyum tiada daya,nak menjerit tiada upaya.tabahkan hati mu RAHIMAH.Kuatkan iman mu RAHIMAH.Kenapa kau sebak RAHIMAH? Kau nak bertemu ISMAIL kan? nak ke pusaranya kan?

Pusara arwah ISMAIL terletak di SG.DUA,BUTTERWORTH.Apabila menyusuri highway akan ternampak lah pusara kaku disitu.Pusara ARWAH ISMAIL MOHD.ISA..suamiku,kekasihku,sahabatku,pujaan hatiku....

Sudah sampai,tapi terlupa nak beli bunga dan air.Berpatah balik kekedai,satu kedai bunga pun tiada kelihatan.Cari lagi ,tidak tersua jua..cuaca sudah semakin panas.Tak mengapa,cukuplah dgn 2 botol besar air mineral untuk kusiram diatas pusaramu nanti abang.

Dgn langkah yg lemah aku terus memeluk batu nisan milik mu ABG.Aku tidak mahu menangis.Tidak mahu,tidak mahu....oh abg,siapa lah aku ,hamba ALLAH yang lemah dan naif.Aku menangis jua,aku menangis dan menangis.Ya Allah mengapa kau ambil ISMAIL dariku ya ALLAH?Ya Allah ampunkan dosaku ya tuhan..oh tuhan apa yang aku katakan ini?

Aku ingin lama bersama mu menyambut harilahirku dipusaramu.Aku ingin lama disitu,di pusaramu.Sehingga aku ditegur oleh sipenjaga kubur supaya berlalu pergi kerana cuaca spt mahu hujan.Tolonglah pakcik,ini pusara suami saya..saya ingin lama disini..

Suamiku ISMAIL yang bukan saja meninggalkan segala kebaikan malah meninggalkan kenangan terindah yang sukar untuk aku,anak2ku melupakan sehingga akhir hayatku..Abg,tersentuh jiwaku apabila UEEN,putri bongsu kita mengatakan sudah lama dia tidak menyebut perkataan AYAH....

Tiap saat dan ketika,tiadaku lupa sedekah buat mu..Kau yang bernama hati,kau yang bernama cinta,kau yang bernama jiwa....AL FATIHAH BUATMU ISMAIL MOHD ISA...Bersemadilah dikau dgn tenang disamping org2 yang dkasihi ALLAH SUBHANAHUWATAALA.

1 comment:

  1. Al-Fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hamba allah yang soleh..

    ReplyDelete